members

Monday 19 November 2012

Teacher/Cikgu Affie

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa nk cerita pengalaman budak bernama Affie tu. Dia dulu kerja sebagai guru ganti. Xlama pon, dua bulan je. Dia mengajar subjek2 yg dia tak pernah minat dan tak pernah suka time skolah dulu: Science, KHB, moral & Geo. Paling teruk skali, mngajar geo la.. Bawak kereta pon boleh sesat-sesat, tetibe kene ajar budak subjek Geo kn. -_-' pity.




1st day
Datang sekolah dengan harapan dapat tgk adik-adik yg sedang membangun dengan comel, creative dan participative. So, the first class akan jadi tmpat untuk ice breaking dan happy-happy dgn budak-budak. kan?? Teeettt* You're wrong bebehh.. 4 of 30+ students, yeah.. they are interested to listen to you, to get to know you.. the rest: 'Ade aku kesah?!' Fine sgt~ Oke, that is form 2 student. Skrg aku dh ade sdikit gmbaran knp mak kpd Affie tu kgkadang pning2 kpale pikir pasal student dia.




1st week
Lepas seminggu, bebudak nih exam.. Haha, nie part yg paling 'menakjubkan'. Klw aku time skolah dlu, bila paper nk start, hati berdebar2, berdegup kencang!! Paling habeh laju laa, 30min-40min untuk buat paper tu, then baru selak2 utk recheck. Ada segelintir besar adik2 kt skolah ni, bila Teacher Affie kata, 'OKe, you can start now. All the best.' Lepas 4minit berlalu.....
main lipat2 kertas origami. .......o......o......o....... -_-'' Korang nih bior betul. Lepas habis paper tu, next class suma aku suh ltak barang2 depa kt blakang. Cuma ada alat tulis, kertas soalan dn kertas jwpn je atas meja. huhh.. >.<  Ada ka patut jwb dlm 4 minit je. Jawapan pon berpola~ baik pnye.


gmbar hiasan

Begitulah mggu2 seterusnya berlalu. Teacher Affie yg tak pernah jd teacher tu mula stress dgn sistem pndidikan baru iaitu PBS yg bagi dia, amat tidak praktikal. Mungkin sbb ianya masih baru lagi kot.

...................................................................................................................................................................

Apa yang nk diceritakan kat sini ialah bukan masalah murid shaja, tapi kesemuanya! Cara cikgu mengajar, cara murid menerima ilmu, etika dalam kelas, etika ketika menerima ilmu, hubungan murid dgn cikgu dan hubungan murid dgn ibu bapa.

Bagi aku, murid bermasalah bukan berpunca dari 1 faktor shja. Kat skolah dulu slalu duk wat karangan kan? Peer pressure, parenting style, eager to try something new and so forth. Betul dh la tu, tapi yg mana 1 lg tepat? yg tu kita tak tau. Agak payah bila parent tak memainkan peranan penting dalam usaha kita nk bentuk @ mould adik-adik harapan bangsa kita ni. SERIOUSLY! Bila anak bermasalah, panggil ibu bapa, depa tamaw datang. Kalau ada yang datang, mai2 terus belasah anak, ni apa dia? Anak ada maruah taw. >.<'




Aku tak benci mereka, sebab aku fhm yg pada usia mereka, mereka mmg tgh tercari2 identiti lagi. Belum cukup matang untuk berfikiran jauh kedepan. Bila tanya, 'Kenapa datang sekolah tak bawak buku?' Mereka jawab, 'Beg berat'. Hamboiii, ko ingat dulu beg aku ringan ape.. >.<' Nak je jawab gitu. Oke... good that they are being honest. Tapi tgk semula. Knp pihak skolah tak boleh sediakan locker kt blakang kelas. Locker yg berkunci lh. Nak taw knp? Tahap vandalisme kt skolah ni TERLALU tinggi. Taktaw lh brapa banyak kerusi yang patah sepanjang cikgu mengajar. -_-'


gambar hiasan

Haish.. nampak tak? pro n cons utk sesuatu benda tu banyak. Tapi apalah salahnya kalau kita buat sistem locker tu, buat la locker yg kukuh sket. Letak cctv ke, untuk pantau isu vandalisme. Alasan tak buat hwrk pun paling2, buku tertinggal kt skolah. Yang tu, no sorry for you lah. Kita dah ringankan beban, jadi jangan ambil ringan, betul tak? Aish, dh bercelaru dah!

After all, dalam banyak-banyak murid yg mencabar emosi aku, ada jugak telatah yg mnghibur hati.. Jadi ada memori indah lh sepanjang tempoh mengajar tu. hihihi. ^-^ Aku tak serik pun untuk mengajar lagi kalau diberi peluang. ^o^

Sebenarnya kalau nk cerita semua, panjang gilaaaaaaa~! Walaupun tempoh mengajar itu terlalu singkat, namun kenangan dan pengalaman pahit manis tak dapat aku lupakan. Nanti lah, kalau rajin aku post by week. Cewahh, mcm buat report LI plak kn. hahaha. Tengok lah acane. Tapi, aku tak banyak capture gmbar dgn diorg.. So, tak meriah sangat ar nk citer. huhu. Ape2 pon, kerja jadi cikgu kena ikhlaskan hati betul2. Xbleh banyak berkalau, dan xbleh jgk overgeneralise the issue. Maksudnya, 2 student salah, 1 kelas kena marah. -_-' student pon pandai menyampah taw x? spoil mood nk belajar. So, emosi memang kena pandai jaga, especially Cikgu Affie yg tak pandai2 nk kawal emosi. Cian kat TTM dia, Mr Somebody~ Banyak da makan hati dek perangai buruk Cikgu Affie nih. Huhu. Lari topik la pulak. Anyway, dah dulu lahh ye. Rasa mcm pnjang sgt lak menaip. haha. Ciao~

2 comments:

  1. Cabaran guru masa kini dan akan datang. =)
    Guru perlu perhebatkan lagi diri dengan pembersihan jiwa dan rohani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu~! hohohoho..at the same time, kena buat perubahan yg positive dari peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh,biar dari rebungnya kan2~ cewwah ^^

      Delete